DANIEL Bego memperaga lima pingat emas yang dimenanginya. |
Muncul pemenang terbanyak dengan lima emas
DANIEL Bego menobatkan dirinya selaku raja renang temasya ini apabila memenangi dua emas pada hari terakhir pertandingan untuk membawa jumlah koleksinya kepada lima keseluruhan.
Kekuatan dimiliki perenang berusia 20 tahun dari Kuching itu cukup jelas selepas memenangi acara 200m gaya bebas dengan catatan rekod kejohanan dan kebangsaan, 1:49.22 saat, turun kembali ke kolam renang beberapa minit kemudian untuk memenangi emas keduanya dalam acara 200m kupu-kupu dengan masa 2:00.61s
“Saya gembira dan puas hati dengan kejayaan di sini," kata Daniel, yang kini menjadi antara calon utama Anugerah Olahragawan Sukan Sea. "Tidak terlintas dalam fikiran saya bahawa saya akan dapat memenangi lima emas dan mencatatkan empat rekod kejohanan dan kebangsaan.
"Ia sesuatu yang di luar dugaan kerana saya hanya mensasarkan untuk mengulangi pencapaian di Korat apabila memenangi dua emas. Ia pencapaian terbaik saya dalam Sukan Sea dan sungguh di luar dugaan," katanya, yang sebelum ini memenangi emas dalam acara 100m gaya bebas dan kupu-kupu selain 400m gaya bebas.
"Sepanjang pengetahuan saya belum ada perenang lelaki yang menang lima emas dalam satu temasya. Saya pasti Daniel adalah perenang pertama melakukannya," kata Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum), Edwin Chong.
Keseluruhan skuad akuatik negara - renang dan terjun - menyumbang 15 emas untuk menyamai pencapaian di Korat.BHARIAN
No comments:
Post a Comment