Tuesday, December 22, 2009

Atlit terbaik pilihan Berita Harian


DANIEL mendominasi acara 100, 200 dan 400 meter gaya bebas serta 100 dan 200 meter kuak kupu-kupu dan membantu pasukan renang menyumbangkan sembilan emas.

  • Daniel Bego (renang - individu)
  • Bola sepak lelaki (berpasukan)

    DENGAN lima pingat emas dan empat rekod kejohanan dan kebangsaan, tidak syak lagi perenang sensasi negara, Daniel Bego dijulang selaku atlit individu terbaik negara dalam temasya edisi ini.

    Dilahirkan di Kuching, Sarawak, Daniel, 21, melakarkan sejarah tersendiri di Pusat Akuatik, Vientiane dengan menjadi perenang lelaki dalam sejarah Sukan Sea memenangi lima emas dalam satu temasya.

    Acara yang didominasi ialah 100 dan 200 meter gaya bebas, 400 meter gaya bebas dan 100 dan 200 kupu-kupu dan membantu pasukan renang menyumbangkan sejumlah sembilan emas.

    Sementara itu, menamatkan penantian 20 tahun untuk pingat emas acara bola sepak adalah kejayaan paling manis buat anak buah K Rajagobal selepas terpaksa menempuh gelora merenung penyingkiran awal.

    Bermula garang dengan kemenangan 11 gol ke atas Timor Leste sebelum tunduk 3-1 kepada Vietnam. Kemudian mereka bangkit dengan kejayaan 4-1 ke atas Kemboja sebelum melakarkan kemenangan gemilang ka atas raja bola sepak Asia Tenggara, Thailand 2-1 untuk mara ke separuh akhir, sekali gus menamatkan dominasi negara Gajah Putih itu sebagai juara lapan kali bertuut-turut.

    Di separuh akhir, Malaysia menewaskan tuan rumah 3-1 sebelum kejayaan hebat meruntuhkan keegoan Vietnam 1-0 di final, untuk menaikkan kembali martabat bola sepak negara.

  • No comments:

    Post a Comment