NORZA (dua dari
kanan) mengetuai kontinjen negara pada upacara menaikkan bendera.
Kami mahu balas dendam. Itu azam
pengurus pasukan pelayaran Megat Fairuz Khairuddin apabila kebanyakan pingat
emas terlepas di tangan Singapura di Sukan Asia Incheon tahun lalu.
Menurutnya, harapan diletakkan
terhadap anak buahnya kali ini amat tinggi bersandarkan dendam di Incheon
dengan Singapura ketika itu meraih tiga emas dan Malaysia hanya berpuas hati
dengan emas tunggal Faizal Norizan-Ahmad Syukri Abdul Aziz (acara 420 lelaki).
“Di Incheon setiap peluang yang ada
dirampas Singapura, kini kami seperti mempunyai dendam dan mahu merampas semula
pingat emas itu,” katanya ketika ditemui di upacara menaikkan bendera, Jalur
Gemilang di Kompleks Hab Sukan Singapura semalam.
Jelasnya, mereka mempunyai pengalaman
beraksi di Pusat Pelayaran Nasional, Singapura walaupun hanya diberi peluang
membuat latihan beberapa hari sebelum acara bermula Sabtu ini.
“Walaupun hanya sekejap dibenarkan
menggunakan kawasan pertandingan tapi ia bukanlah lokasi pertandingan baru buat
kami.
“Sebelum ini kami pernah beraksi
dalam kejohanan di sini Mac lalu, atlet mempunyai dua atau tiga hari untuk
menyesuaikan diri.
“Mengenai tiupan angin memang ada
perbezaan. Kami jangkakan tiupan perlahan ketika hari pertandingan tapi dalam
masa sama perlu menyesuaikan diri dengan angin ribut,” katanya.
Kata Megat Fairuz, anak buahnya perlu
sentiasa bersedia dengan beberapa perubahan angin termasuk sebelum dan selepas
tiupan angin ribut.
“Kami harus turun secepat mungkin
untuk membiasakan diri dengan lokasi pertandingan dan peralatan. Memang
Singapura akan memberikan saingan sengit tapi seperti nasihat Chef-de-Mission,
Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, kami tidak boleh terlepas pandang perkara
lain juga.
“Dari segi persiapan pula sememangnya
menepati apa yang kami mahukan, cuma pertukaran temasya diadakan pada
pertengahan tahun sedikit mengganggu dan tidak begitu sempurna seperti sebelum
ini,” katanya.
Di Myanmar, dua tahun lalu pasukan
pelayaran negara meraih dua emas, tiga perak dan tiga gangsa.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment