Tujuh mungkin
menjadi angka bertuah buat perenang negara Khoo Cai Lin apabila nombor itu
menggambarkan jumlah penyertaannya di temasya Sukan SEA dalam usaha
mempertahankan pingat emas dimenangi dalam acara 800 meter gaya bebas wanita di
Myanmar dua tahun lalu.
Perenang
kelahiran Selangor itu berkata, selain mahu mengekalkan emas 800m gaya bebas,
dia juga mengharapkan mampu meraih sekurang-kurangnya pingat tidak kira warna
bagi 400m.
Jelasnya,
walaupun sudah tujuh kali beraksi di temasya dwi tahunan ini, dia tidak
merasakan sebarang perbezaan.
“Saya
melihat kesemua perenang negara melakukan persiapan baik tahun ini, walaupun
sebelum ini ada di antara kami mengalami demam selsema,” katanya yang pernah
beraksi di Sukan Olimpik 2008 (Beijing) dan 2012 (London).
Cai Lin,
yang turut memenangi emas di Indonesia pada 2011 dalam acara 800m gaya bebas
berkata, tiga minggu sebelum ini juga kesihatannya sedikit terjejas tetapi dia
berharap semuanya kembali normal sebelum acaranya bermula.
"Saya
juga sudah mencuba kolam renang di Pusat Akuatik OCBC walaupun sebelum ini di
dalam gambar ia kelihatan agak kecil. Bagaimanapun, saya tidak berdepan
sebarang tekanan,” katanya.
Acara renang
akan bermula Sabtu ini dan berakhir Khamis depan dengan menawarkan 38 emas.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment