Thursday, June 4, 2015

Terlepas emas pertama

Pingat emas pertama diidamkan kontinjen Malaysia di Sukan SEA Singapura terlepas ke tangan pasukan tuan rumah apabila pasukan renang berirama negara sekadar menduduki tangga kedua aksi final di Pusat Akuatik OCBC sebentar tadi.

Pasukan negara gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Palembang, 2011 apabila hanya mencatat 146.5204 mata di belakang wakil tuan rumah yang mengumpul 150.8445.

Gangsa milik Indonesia dengan 138.1796 mata.

Ini pingat perak pertama negara di temasya dwitahunan edisi ke-28 ini.

Namun pencapaian itu boleh dibanggakan kerana skuad negara kali ini kurang berpengalaman dengan lima daripada lapan yang turun ke kolam renang semalam membuat penampilan pertama di Sukan SEA berbanding Singapura yang sudah lama bersama.
Ratu negara, Katrina Ann Abd Hadi yang mengetuai barisan atlet muda kali ini akur dengan keputusan itu.

“Kami sudah buat yang terbaik dan ini persembahan lebih baik daripada penyertaan kami di Terbuka Jepun bulan lalu. Kami memang sudah menjangka berdasarkan keputusan sebelum ini apabila kami berada di belakang Singapura di Kejohanan Asia Tenggara dan Terbuka Jepun,” katanya.
Selain Katrina, turut beraksi semalam Foong Yan Nie, Gan Hua Wei, Gan Zhen Yie, Kwong Zhi Kei, Lee Yhing Huey, Lee Yiat Lum dan Tasha Jane Taher Ali.

Bagaimanapun Katrina berpeluang menebus kekecewaan itu apabila dia dan gandingannya Yhing Huey bakal memulakan aksi final duet hari ini dengan menduduki tangga teratas selepas rutin teknikal Selasa lalu.

Selain acara duet, skuad renang berirama negara turut berpeluang mengintai emas dalam acara kombinasi berpasukan hari ini.

Sumber: Harian Metro

Pingat emas pertama diidamkan kontinjen Malaysia di Sukan SEA Singapura terlepas ke tangan pasukan tuan rumah apabila pasukan renang berirama negara sekadar menduduki tangga kedua aksi final di Pusat Akuatik OCBC sebentar tadi.
Pasukan negara gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Palembang, 2011 apabila hanya mencatat 146.5204 mata di belakang wakil tuan rumah yang mengumpul 150.8445.
Gangsa milik Indonesia dengan 138.1796 mata.
Ini pingat perak pertama negara di temasya dwitahunan edisi ke-28 ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55576#sthash.hc8Qr6Sa.dpuf

No comments:

Post a Comment