PENYERANG
skuad floorball wanita negara, Nurhasheda Md. Noh yakin peluang cerah untuk
memenangi pingat emas selepas acara itu bakal dipertandingkan buat kali pertama
pada Sukan SEA di Singapura bulan depan.
Ia
berdasarkan pengalaman tinggi barisan pemain sedia ada ketika ini, namun pada
masa sama Nurhasheda sedar ia bukan tugas mudah untuk menundukkan tuan rumah
yang lebih lama ‘berjinak’ dalam sukan floorball.
Begitupun,
pemain berusia 30 tahun itu menggesa rakan sepasukan terutama pemain-pemain
muda supaya tidak terlalu menghormati Singapura jika mahu pingat emas
benar-benar menjadi milik Malaysia.
“Agak susah
sebenarnya untuk menang pingat emas kerana Singapura lebih lama dalam sukan ini
tetapi kami perlu cuba.
“Peluang
tetap ada andai para pemain muda tak takut dengan Singapura. Saya harap mereka
tidak terlalu menghormati Singapura sewaktu perlawanan di luar padang kita
sebagai kawan tetapi apabila dalam padang, semua dah berbeza.
“Bagi saya,
kita perlu ada keyakinan tinggi, jangan rasa rendah diri dan berikan prestasi
terbaik setiap kali menyarung jersi kebangsaan kerana apabila terpilih, kita
perlu sedar bahawa ada tanggungjawab besar perlu dilaksanakan,” katanya kepada Kosmo!
semalam.
Sebagai
rekod, skuad floorball wanita negara kecundang 1-6 kepada Singapura untuk
membawa pulang pingat perak, namun pungutan pingat itu tidak dikira kerana
acara tersebut sekadar perlawanan pertunjukan di Myanmar dua tahun lalu.
Penyerang Kelab
Bintang Blackrose itu juga mendedahkan mereka mahukan pingat emas sebagai
langkah pertama bagi memastikan sukan floorball akan dipertandingkan ketika
Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.
“Ini adalah
langkah pertama kami untuk menang pingat emas dan ia juga seperti yang diharapkan
CDM (Ketua Kontinjen Malaysia), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
“Jika
menang, sekurang-kurangnya kami dapat buktikan sesuatu supaya sukan ini
diadakan ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun 2017,” jelasnya.
Selain
Nurhasheda yang mempunyai sasaran peribadi untuk meledak 10 gol di Singapura
nanti, skuad floorball wanita pastinya mempertaruhkan khidmat Norhafizah
Razali, Nor Eeza Zainal Abidin dan Siti Alina Suhaimi dalam memburu pingat emas
pada temasya tersebut.
KOSMO
No comments:
Post a Comment