Wednesday, December 2, 2009

Peluang genggam emas


PAUNANDES (depan) menjadi sandaran terbaik skuad tinju negara untuk meraih pingat emas pada Sukan SEA di Laos.


SUDAH lapan tahun menunggu pingat emas pada Sukan SEA.

Menyedari hakikat itu, maka tidak hairan kenapa skuad tinju negara terlalu dahagakannya.

Meskipun peluang tersebut sukar tetapi petinju negara mahu menjadikan bumi Laos sebagai medan untuk meng- akhiri penantian selama lapan tahun itu.

Itu matlamat Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) pada Sukan SEA edisi ke-25 yang akan berlangsung secara rasminya di Laos pada 9 hingga 18 Disember ini.

Tidak ada yang mustahil sekiranya semua petinju memberi komitmen sera- tus peratus ke arah impian itu.

Kali terakhir skuad tinju meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu ialah ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah tahun 2001.

Mereka berjaya menghadiahkan dua pingat emas kepada kontinjen negara.




Setiausaha PTAM, Mejar (B) Maulud Othman berkata, semua negara memiliki peluang untuk meraih pingat emas termasuk tuan rumah, Laos dan tidak hanya membabitkan negara Thailand.

Menurutnya, PTAM tetap yakin petinju negara mampu meraih pingat emas meskipun saingan adalah sengit.

"Petinju negara sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja lawan mereka.

"Semua negara memiliki peluang termasuk Laos selaku tuan rumah. Kita tidak hanya memikirkan negara Thailand kerana petinju Laos memiliki kelebihan sebagai tuan rumah dan 'semangat perang' yang tinggi," katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut melan- carkan strategi rahsia dengan tidak mengumumkan kategori bagi setiap petinju yang bertanding sebelum kejohanan berlangsung.

"Kita sudah menyenaraikan nama petinju negara tetapi tidak mendedahkan kategori mana yang mereka akan beraksi. Ia adalah salah satu strategi kita.

"Kalau kita dedahkannya, negara Thailand akan menukar petinju mereka. Ia adalah antara taktik bagi menghadapi temasya yang berprestij ini," ujarnya.

Ditanya mengenai sasaran dan prospek pingat emas, katanya: "Kami hanya meletakkan sasaran ke final.

"Kita meletakkan harapan kepada semua petinju untuk merealisasikan sasa- ran ini."

Beliau menambah, pihaknya berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukkan petinju negara ketika ini selepas me- nyertai latihan intensif di Thailand bulan lalu.

"Pengalaman mengadakan sparring dengan petinju kelab di 12 tempat seluruh Thailand termasuk Haadyai, Suratani dan Bonanza di Bangkok diharap dapat membantu petinju negara untuk membawa pulang pingat emas nanti.

"Pengurus (Datuk Zakaria Nordin) berpuas hati apabila melihat petinju negara menyertai latihan dengan penuh semangat. Semua petinju negara tidak sabar untuk bertarung," katanya.


BARISAN petinju negara giat berlatih sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA di Laos.


Katanya, petinju negara juga bersemangat menyertai latihan di bawah jurulatih dari Thailand, Prichit Tangjai dan jurula- tih tempatan, Ramli Yahya," katanya.

Sementara itu, Ramli berkata, pihaknya meletakkan petinju berpengalaman seperti Eddie Kalai, Paunandes Paulus dan Mohd. Farhan Harun untuk meraih pingat emas.

Menurutnya, peraturan baru untuk meletakkan setiap negara hanya boleh menghantar penyertaan enam kategori memberi peluang kepada petinju negara meraih pingat emas.

"Saya harap pengalaman dapat membantu petinju membawa pulang pingat emas untuk negara," ujarnya.

Skuad tinju akan bertolak ke Laos pada 8 Disember ini. KOSMO

No comments:

Post a Comment