Monday, March 27, 2017

Tukar jurulatih bukan masalah - Khairy


PUTRAJAYA: Persediaan skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur (KL 2017) tidak akan terganggu meskipun berlaku pertukaran jurulatih tatkala temasya dwitahunan itu berbaki kira-kira lima bulan lagi.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata keputusan Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, melantik Datuk Ong Kim Swee berkuat kuasa serta-merta melatih skuad B-22 menggantikan Frank Bernhardt bukan satu masalah besar.

Katanya, Kim Swee sudah membuktikan kemampuannya ketika mengendalikan skuad B-22 dengan memenangi pingat emas pada temasya dwitahunan itu. "MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara) yang menjadi badan pengurusan program Kita Juara serta menyediakan khidmat sokongan buat kontinjen Malaysia, tiada masalah memberi sokongan kepada Kim Swee.

 "Kami sangat mengenali dirinya dan seharusnya tidak timbul masalah. Kim Swee adalah pilihan yang bagus. Dia sebelum ini daripada pasukan B-23 dan sangat biasa dengan format Sukan SEA dan sebagainya," kata Khairy.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) penajaan dengan Prudential Assurance Malaysia Berhad untuk KL 2017 di sini, hari ini.

 Sejurus disahkan sebagai Presiden FAM yang baharu pada Kongres FAM ke-53 Sabtu lalu, Tunku Ismail mengumumkan pelantikan Mario Gomez sebagai pengendali Harimau Malaysia menggantikan Kim Swee. Kim Swee dilantik melatih skuad B-22 menggantikan Bernhardt.



Berita Harian 


3 comments:

  1. tentukan pilihanmu dalam bertaruh judi bola berkualitas Hanya di BOLAVITA
    Mulai sekarang bisa deposit via OVO dan GO-PAY
    Lebih mudah, tanpa jam Offline dengan minimal deposit 50 rb

    Untuk info lebih lanjut bisa melalui:
    whatup : 08122222995
    Wechat : Bolavita.
    Line : Cs_bolavita.

    ReplyDelete
  2. MAU CARI SITUS TERBAIK DAN TERPERCAYA GACOR HANYA 1X24 JAM?

    YUK JOIN LANGSUNG BOLAVITA WINRATE 99% HANYA DENGAN 1 USER ID SAJA DAPAT MEMAINKAN SEMUA PERMAINAN YANG ADA.

    UNTUK DEPOSIT DAPAT DILAKUKAN MELALUI BANK TERNAMA DI INDONESIA , E-WALLET & PULSA TANPA POTONGAN RATE!

    BERAPAPUN KEMENANGAN ANDA PASTI DIBAYAR LANGSUNG !!

    Untuk informasi lebih lanjut bisa hubungi kami via livechat ataupun :
    ✔ WA / TELEGRAM : +6281297392623

    ReplyDelete