Sunday, June 14, 2015

Skuad pelayaran negara kutip emas ketujuh

SINGAPURA – Skuad pelayaran Malaysia menamatkan kempen mereka dalam Sukan SEA 2015 dengan cemerlang hari ini apabila memenangi satu lagi pingat emas sebentar tadi.

Pingat itu dimenangi menerusi Nur Shazrin Mohamad Latif, Nurliyana Mohamad Latif dan Khairuneeta Mohd. Afendy yang bersaing dalam acara laser radial berpasukan wanita di Marina Bay.

Ini adalah pingat emas ketiga dimenangi kem pelayaran Malaysia hari ini untuk menjadikan tujuh secara keseluruhan. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment