Thursday, June 4, 2015

Natasha janji serap tekanan


Kepercayaan diberikan pihak pengurusan memberi tekanan kepada atlet lawan pedang wanita negara, Natasha Ezzra Abu Bakar menjelang hari pertama acara berkenaan di OCBC Arena, hari ini.

Natasha Ezzra diletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya meraih pingat perak acara individu foil wanita di Singapura.

Menurutnya walaupun sedikit tertekan, dia berjanji akan berusaha sebaik mungkin dan dalam masa sama mahu lebih waspada sewaktu bertemu atlet dari Vietnam dan Singapura.

“Ini penampilan ketiga saya di Sukan SEA selepas Korat (2007) dan Indonesia (2011). Mungkin disebabkan pengalaman saya diletakkan harapan untuk meraih pingat,” katanya.

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga meletakkan sasaran peribadi dengan mara ke akhir acara individu kerana mahu memperbaiki pencapaian di Jakarta pada 2011.

Pencapaian terbaik Natasha Ezzra di temasya dwi tahunan itu ialah meraih gangsa pada 2011, manakala pada edisi 2013 di Myanmar, acara lawan pedang tidak dipertandingkan.

Kali ini, dia akan menyertai dua acara membabitkan foil individu wanita dan berpasukan wanita.

Sebanyak 12 emas ditawarkan yang akan bermula hari ini hingga Ahad.


Sumber: Harian Metro

1 comment:

  1. Daftar Ayam Aduan Online Deposit Pulsa Tanpa Potongan CLUB388CASH

    SITUS SLOT BONUS DEPOSIT PULSA CLUB388CASH

    Poker Online
    Situs Poker Online
    Situs Poker Deposit Pulsa

    CLUB388CASH ADALAH SISTUS AGEN BANDAR TARUHAN ONLINE TEPECAYA YANG MEMILIKI BANYAK PERMAINAN HANYA MENGGUNAKAN 1 AKUN ATAU 1 USER ID SAJA SEMUA DAPAT DI MAINKAN SEMUA DI PERMAINAN CLUB388CASH. TENTUNYA EVENT BONUS PROMO SETIAP BULAN NYA YANG MANTAPPP ^^

    CS 24jam Online
    JANGAN SAMPAI KEHABISAN FREECHIPSNYA !!

    SEHAT SELALU UNTUK KITA SEMUA ...ALWAYS THANKFULL AND GRATEFULL ^^

    ReplyDelete