Sunday, June 14, 2015

Luncur air cemerlang

Acara ski air terus mengekalkan momentum terbaik apabila berjaya menambah koleksi pingat, satu perak dan dua gangsa di Bedok Reservoir semalam.

Aaliyah Yoong Hanifah cemerlang dalam acara jump wanita apabila merangkul perak dengan mengumpul 20.20 mata, manakala emas milik atlet Indonesia, Rossi Amir (29.00).

Gangsa dalam acara itu turut diraih atlet Indonesia, Nur Alimah Prambodo melalui kutipan 18.10 mata.

Sementara itu, Alex Yoong (gambar) meraih gangsa dalam acara sama bagi kategori lelaki selepas mengumpul 33.10 mata dengan emas dimenangi Ade Hermana dari Indonesia (46.90).

Alex yang juga bekas pelumba Formula Satu (F1), memenangi gangsa dalam acara slalom lelaki, selepas melakukan 3.50/58/13.00, manakala emas milik, Mark Leong dari Singapura (3.00/58/12.002) dan gangaa diraih wakil Indonwsia, Indra Hardinata (2.00/58/12.003).

Aaliyah yang turut mengambil bahagian dalam acara slalom wanita sekadar di tempat kelima (0.00/49/18.25).

Menurut Aaliyah yang berusia 11 tahun, dia gembira apabila berjaya meraih perak dalam acara jump wanita walaupun gagal mengulangi pencapaian kelmarin selepas menggondol emas (trick wanita).

“Ini catatan terbaik peribadi saya dalam acara jump wanita, catatan sebelum ini 11.2. Ia juga pingat perak pertama dalam acara ini di Sukan SEA,” katanya yang kali pertama beraksi di Sukan SEA pada 2011 di Palembang.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment