Tuesday, April 7, 2015

Kim Swee Senaraikan Awal 29 Pemain Ke Sukan SEA 2015

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Sembilan pemain Harimau Muda (B-22) adalah antara 29 pemain disenaraikan pengendali skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan Datuk Ong Kim Swee bagi pendaftaran awal ke Sukan SEA 2015 di Singapura pada Jun.

Mereka ialah Mohd Farhan Abu Bakar, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, Syahrul Azwari Ibrahim, Muhamad Faizat Mohamad Ghazli, S. Kumaahran, Nazirul Naim Che Hashim, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Adam Nor Azlin dan Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini, turut memaklumkan bahawa daripada 29 pemain tersebut, Kim Swee dijangka memuktamadkan senarai akhir 20 pemain, dua hari sebelum skuad berkenaan berlepas ke Singapura.

Aksi peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan SEA 2015 akan berlangsung di Stadium Jalan Besar dan Stadium Bishan, manakala final di Stadium Nasional Kallang.

Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Singapura (SINGSOC), bagaimanapun belum menetapkan tarikh sebenar undian acara bola sepak, yang dijangka diadakan bulan ini atau awal bulan depan.

Senarai Pemain:

---------------

Mohd Farhan Abu Bakar, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, Syahrul Azwari Ibrahim, Muhamad Faizat Mohamad Ghazli, S. Kumaahran, Nazirul Naim Che Hashim, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Adam Nor Azlin, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik (kesemuanya pemain Harimau Muda).

Mohd Arip Amiruddin (PKNS FC), Shahrul Mohd Saad dan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir (Felda United FC), Che Rashid Che Halim dan Muhammad Akram Mahinan (Johor Darul Ta'zim II), Muhammad Syazwan Tajudin, Muhammad Syafiq Ahmad, Muhammad Farhan Roslan dan Mohamad Firdaus Muhamad (Kedah), D. Saarvindran dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang).

Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Saiful Ridzuwan Selamat (Selangor), Md Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Gary Steven Robbat, Mohamad Amer Saidin dan Mohamad Fandi Othman (Johor Darul Ta'zim), Mohammad Nurridzuan Abu Hassan Saari (Perak), Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team), Muhammad Syazwan Yusoff (Kelantan).

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment