KUALA LUMPUR - Skuad badminton kebangsaan tidak menaruh harapan
tinggi untuk meraih emas di Sukan SEA Myanmar setelah membariskan ramai
atlet yang masih muda dengan mensasarkan sekurang-kurangnya satu emas.
Jurulatih badminton, Rashid Sidek berkata, matlamat realistik itu dilihat dari segi kekuatan dan pengalaman secara menyeluruh namun beliau masih menagih 'magis' daripada anak buahnya.
"Harapan memang 50-50, sebab bukan senang hendak menang.
"Kebanyakan pemain yang dihantar bertanding bukan hebat tapi kalau mereka dapat buat kejutan, itu cukup bagus.
"Kita berharap dapat bawa pulang satu emas, tidak kisah dalam acara apa sekalipun. Samada perseorangan, beregu atau beregu campuran," katanya semalam.
Dalam masa sama, beliau masih meletakkan Chong Wei Feng sebagai 'ayam tambatan' menuai emas dalam perseorangan lelaki.
Sementara itu, Wei Feng berkata, persiapan menjelang Sukan SEA berjalan lancar dan tiada masalah kecederaan dialami setakat ini.
Jelasnya, untuk peringkat awal, dia sekadar meletakkan sasaran final kerana mahu fokus ketika berhadapan dengan pencabar terdekat yang lain.
"Saya hanya fikir untuk ke final sahaja, kalau saya lepas baru boleh fikir tentang pingat.
"Halangan utama saya ialah Thailand, Tanongsak dan juga dari Indonesia. Tentang pasukan lain saya tidak berapa pasti tahap cabaran mereka," ujar atlet berusia 26 tahun itu,
Buat pertama kalinya Wei Feng mewakili negara menerusi acara perseorangan lelaki dalam temasya dwi-tahunan itu dan mengakui sedikit gementar, tetapi berbekalkan pengalaman sedia ada, dia berhajat tidak ingin tewas.

No comments:
Post a Comment