Friday, November 8, 2013

Tujuh Pelumba Terengganu Wakili Negara Ke Sukan Sea Myanmar

KUALA TERENGGANU, 7 Nov (Bernama) -- Terengganu menyediakan tujuh pelumba termasuk seorang wanita untuk skuad berbasikal negara yang bakal menggalas cabaran di Sukan SEA ke-27 di Myanmar, bulan depan.

Presiden Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) Datuk Ahmad Sidi Ismail berkata pelumba berkenaan ialah Adiq Husaini Othman, Amer Mustafa Rosli, Mohd Shahrom Md Amin, Zamri Salleh, Saufi Md Senan, Mohamad Zulhafiz.

Pelumba wanita ialah Nurul Shuhada Zainal Abidin.

"Nurul Shuhada akan beraksi dalam acara lebuh raya," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata PLBT menaruh harapan agar skuad acara lebuh raya dapat menghasilkan pingat untuk kontinjen negara pada temasya dwitahunan itu dari 11 hingga 22 Dis ini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment