Wednesday, November 16, 2011

Pengalaman Mahali jadi taruhan Kim Swee

pix_gal0
Tuan rumah turut sandarkan harapan kepada trio perobek gawang Harimau Muda

MAHALI Jasuli – pertahanan kanan yang pernah merasai kehangatan aksi final Piala AFF Suzuki di Gelora Bung Karno, tahun lalu sehingga pemain terpaksa menaiki kereta kebal untuk masuk ke stadium, bertekad mengekang asakan tuan rumah pada perlawanan terakhir Kumpulan A, di gelanggang sama esok.
Indonesia menampilkan jentera serangan mantap pada saingan kali ini dengan kehadiran pemain skuad Piala Suzuki AFF mereka, Oktovianus Maniani serta penyerang kelahiran Papua, Titus Bonai dan Patrich Steve Wanggai.
Titus meledak tiga gol manakala Patrich empat gol dalam tiga perlawanan setakat ini.

Bagi Mahali, skuad negara perlu berwaspada dan memberi fokus penuh yang bakal menentukan juara kumpulan.

“Mereka mempunyai bahagian serangan yang berbeza berbanding pada kejohanan Piala Suzuki AFF,” kata Mahali yang kini terpaksa bersaing dengan Fandi Othman untuk posisi bek kanan dalam skuad Ong Kim Swee.

“Kami kena lebih bersedia dan memberi fokus tinggi ketika berdepan Indonesia kali ini.” Mahali turut membarisi benteng skuad emas Sukan SEA Laos 2009 kendalian Datuk K Rajagobal.

Selain Mahali, pertahanan negara bakal dikawal Asraruddin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Mohd Muslim Ahmad dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.


B.Harian

No comments:

Post a Comment