ATLET lontar peluru negara, Adi Aliffudin Hussin kini mencongak peluang bagi membawa pulang sebutir pingat emas pada temasya Sukan SEA 2011 di Indone- sia yang bakal membuka tirainya Jumaat ini.
Menurut Adi, peluang untuk dia menyumbangkan pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya dwitahunan itu nanti tetap ada meskipun sedar bakal diberi tentangan sengit oleh atlet- atlet negara lain, terutamanya Thailand.
"Pihak KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia) memang tidak ada meletakkan sebarang sasaran tinggi terhadap saya. Namun, secara peribadi saya sendiri meletakkan sasaran untuk meraih pingat emas.
"Cuma, apa yang saya jangkakan adalah saya akan mendapat tentangan sengit daripada atlet Thailand yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA di Laos dua tahun lalu.
"Begitupun, jika hari sebenar kejohanan itu nanti semuanya berjalan lancar dan prestasi saya juga berada pada tahap terbaik, saya percaya saya mampu meraih pingat emas," kata Adi.
Bagaimanapun, hasrat atlet berusia 23 tahun itu untuk membawa pulang pingat emas dari bumi Indo- nesia tidak semudah yang disangka.
Ini kerana, dia baru sahaja pulih daripada masalah kecederaan bahu yang dialaminya ketika sesi latihan April lalu sehingga memaksa dirinya berehat untuk tempoh enam bulan.
Situasi tersebut pastinya meletakkan Adi untuk beraksi dalam keadaan berhati- hati kerana bimbang kecederaan yang dialaminya sebelum ini akan berulang.
"Saya terpaksa menjalani pembedahan bagi memulihkan semula bahu saya yang uratnya putus memandangkan ia adalah kecederaan yang serius.
"Kini saya sudah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk kembali beraksi tetapi saya masih perlu berhati- hati kerana tidak mahu kecederaan tersebut berulang," jelas Adi.
Temasya Sukan SEA kali ini merupakan penampilan kali keempat buat atlet kela- hiran Marang, Terengganu itu.
Adi mula beraksi pada temasya dwitahunan itu pada 2007 di Korat Thailand dan ketika itu dia sekadar mena- matkan saingan di tempat keempat.
Begitupun, kelibat Adi mula mencuri tumpuan apabila dia berjaya meraih pingat perak pada 2009 di Vientiane, Laos.
KOSMO
No comments:
Post a Comment