Wednesday, October 5, 2011

'Mampu pertahan emas'


 KIM Swee memberi kata-kata semangat ketika sesi latihan di Padang FAM, Kelana Jaya petang semalam.
KIM Swee memberi kata-kata semangat ketika sesi latihan di Padang FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Skuad Kim Swee berada di landasan betul: Hamidin

SKUAD Harimau Muda selaku juara bertahan Sukan SEA kini meniti landasan tepat dan pada firasat pengurus pasukan, Datuk Hamidin Mohd Amin segala-galanya menjurus kepada peluang mempertahankan mahkota kejuaraan itu secara berturut-turut.

Walaupun akur betapa bukan mudah untuk melangkah ke final sekali lagi dan memenangi pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos, namun beliau tetap optimistik sesuatu kejayaan mampu dicapai andai suatu keputusan tepat dapat dibuat.

“Kami ada bekalan 46 pelatih bawah 23 tahun dan hanya 20 terbaik akan terpilih ke Sukan SEA. Kita tidak boleh buat silap dalam membuat pemilihan dan sebarang percaturan.

“Saya yakin jika betul sesuatu keputusan dan percaturan yang dibuat, skuad kebangsaan kita mampu untuk mendapat keputusan baik,” katanya.

Sebelum ke Sukan SEA di Jakarta, November ini, skuad kendalian Ong Kim Swee akan menyertai Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dari 17 hingga 24 Oktober ini.

“Pasukan muda ini ada dua perlawanan persahabatan dan akan ada tiga perlawanan di VFF. Saya pasti Vietnam, Indonesia dan Thailand juga akan melakukan persiapan baik untuk cuba merampas kejuaraan daripada Malaysia di Sukan SEA nanti.

“Sekarang saya mahu lihat apa keperluan jurulatih untuk menguatkan pasukan dan jika kita perlukan lebih perlawanan persahabatan kita akan cuba mendapatkan pasukan lawan,” katanya yang dipilih menggantikan Datuk Afandi Hamzah yang menunaikan ibadat haji ketika temasya di Jakarta


BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment