Tuesday, December 15, 2009

Thailand sekat cabaran double lelaki

SEKALI lagi pingat gangsa menjadi milik negara selepas gandingan Mohd Faiza Mohamad dan Shaari Hassan tewas pada saingan separuh akhir acara double Petanque lelaki di Universiti Nasional Laos, semalam.


Mereka tewas kepada pasangan Thailand, Supan Thongphoo dan Virapong Wanta dengan mata 13-4.

"Mereka ada masalah sedikit ketika perlawanan, kerap melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya," kata pengurus pasukan, Abd Rahim Baba.

Katanya, pasangan Thailand itu juga melakukan balingan sempurna yang memberikan mereka mata maksimum 6 menyebabkan pasangan negara sukar mengejar.

"Esok (hari ini) kita akan beri perhatian kepada acara triple lelaki dan wanita, kita memang berharap dapat memungut pingat lebih baik selepas dua kali terlepas emas," katanya.

BHARIAN

No comments:

Post a Comment