Tuesday, December 15, 2009

'Tak mahu terlalu beri tekanan diri sendiri'


LEE Yang akan dicabar rakan senegara, Loh Jack Chang.

JAGUH acara wushu negara, Loh Jack Chang berada pada landasan terbaik untuk memungut pingat emas dengan persembahan terbaik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Lao Itecc, semalam.

Jack Chang yang beraksi dalam acara pertama taijiquan, satu daripada acara gabungan, mengatasi juara dunia yang juga rakan sepasukan, Lee Yang apabila mengumpul 9.70 mata.

Dia yang melakukan kemunculan kedua di temasya serantau selepas Korat, mengatasi pungutan mata pencabar dari Vietnam, Nguyen Thanh Tung yang mengumpul 9.64 mata dan atlit Singapura, Seet Wee Key (9.63).

Lee Yang yang menjuarai acara taijiquan dunia di Toronto, Kanada pada Oktober lalu, di tangga keempat dengan 9.61 mata.

Juara akan ditentukan selepas pesaing menamatkan acara kedua iaitu taijijian, esok.

"Saya tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri dengan memikirkan mengenai emas. Saya sendiri terkejut dengan jumlah mata yang dikumpul," katanya.

"Lee Yang biasanya memenangi acara ini tapi ia permulaan yang baik buat saya dan perlu mengekalkannya." BHARIAN

No comments:

Post a Comment