Thursday, December 10, 2009

Sukan Sea: Atlit negara mahu rakam cemerlang


ATLIT negara turun ke gelanggang hari ini dengan tumpuan sudah pasti untuk mengulangi kecemerlangan lalu dan meletakkan Malaysia di atas landasan sasaran.


Empat pingat emas menjadi rebutan, masing-masing dalam acara kata berpasukan dan individu lelaki dan wanita dengan anak buah P Arivalagan berharap akan dapat mempertahankan tiga emas daripada acara itu yang dimenangi di temasya Korat, dua tahun lalu.

"Kami akan cuba mempertahankan emas yang dimenangi,” kata pengurus pasukan, Lau Puan Leong. semalam. "Persaingan kali ini lebih sengit dan jika atlit negara dapat dapat menampilkan persembahan yang baik, kami mempunyai harapan cerah meraih emas.

"Cuma kami tidak boleh berasa terlalu yakin bersandarkan kepada kejayaan cemerlang di Korat. Di sini adalah persaingan baru dan berbeza dengan semua negara sudah menunjukkan peningkatan," katanya.

Di Korat, atlit karate-do menyumbangkan lapan emas dengan dua daripadanya melalui kata lelaki individu Koo Jin Keat.

Satu lagi disumbangkan Lim Lee Lee dalam acara kata individu wanita dan sekali lagi dia diharapan akan mampu mengulangi kejayaan di Korat apabila turun beraksi hari serta bergandingan bersama Thoe Ai Poh dan Cheong Chew Teng.

Dengan Jin Keat tidak lagi bersama pasukan kebangsaan, watak utama kini digalas oleh Chee Sheng. BHARIAN

No comments:

Post a Comment