Monday, December 14, 2009

Siaran langsung


RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV2 akan menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak separuh akhir di antara Malaysia dengan tuan rumah, Laos, hari ini bermula lapan malam.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya, berkata keputusan menyiarkan acara berkenaan secara langsung sejajar dengan tanggungjawab RTM menyediakan khidmat terbaik untuk tontonan rakyat.

“Ia sejajar dengan amalan RTM sebelum ini,” katanya, memenuhi permintaan rakyat negara ini selepas pasukan negara melangkah menewaskan juara bertahan, Thailand 2-1, Jumaat lalu.

No comments:

Post a Comment