Tuesday, December 15, 2009

Kuartet 4x400m gagal kekal emas



PELARI Malaysia, Mohd Jironi Riduan (kanan) dan S Mathialagan (kiri) cuba memintas pelari Vietnam, Nguyen Dinh Cuong yang memenangi emas acara 800m, semalam.

Hanya tiga perak, satu gangsa dari balapan

TIADA emas sebaliknya hanya tiga pingat perak dan satu gangsa yang mampu diperagakan tatkala olahraga kuartet 4x400 meter lelaki gagal mengulangi kejayaan di Korat apabila tumbang kepada Thailand di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, semalam.

Bermula dengan K Ganthimathi dalam 800m wanita, disusuli Mohd Jironi Ridhuan dalam jarak sama bagi acara lelaki sebelum kuartet 4x400m - Mohd Zaiful Zainal Abidin, Idris Zakaria, P Yuvaaraj dan Mohd Zafril Zuslaini - turut sama menamatkan saingan di tempat kedua.

Di antara ketiga-tiganya, sasaran emas yang disandarkan kepada kuartet 4x400m jelas tidak berhasil selepas dua pelari baru, Idris dan Yuvaaraj tidak mampu menyaingi kehebatan pelari kedua dan ketiga Thailand.

Zaiful, yang kecewa tidak mahu menyalahkan sama ada Idris ataupun Yuvaaraj, kerana masing-masing sudah memberikan yang terbaik.

"Faktor pengalaman menjadi penyumbang. Tapi, saya yakin barisan ini mampu menjadi lebih hebat pada masa akan datang,” katanya.

Kuartet 4x400m mencatat 3:10.19 saat dengan rangkaian Thailand meraih emas dengan 3:08.04s dan gangsa milik Laos 3:26.46s.

Dalam acara 400m lelaki, Jironi tampak menuju kemenangan emas sebelum dipintas juara bertahan dari Vietnam, Nguyen Dinh Ciong di garisan penamat dengan masa 1:50.65 saat manakala Jironi mencatatkan masa peribadi terbaiknya,1:50.98s di tempat kedua dan seorang lagi pelari negara, M Mathialagan meraih gangsa.

Ghanthimathi pula mencatatkan 2:07.99s di belakang pemenang dari Vietnam, Truong Thanh Hang yang mencatat 2:02.74s manakala bagi acara lompat kijang wanita, Noor Amira Nafiah menduduki tempat terakhir dengan jarak 12.12m.

No comments:

Post a Comment