Monday, December 14, 2009

Hanya mampu raih 2 gangsa



DUA atlit wushu wanita negara, Diana Bong Seong Lin (kiri) dan Tai Cheau Xuen beraksi dalam pertarungan tanpa senjata.

Sistem pemarkahan subjektif terus menjadi pertikaian acara wushu

DUA gangsa menjadi pingat pertama Malaysia pada hari pertama acara wushu di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ITECC), semalam, ketika sistem pemarkahan subjektif terus menjadi pertikaian.

Pingat terbabit disumbangkan Diana Bong Siong Lin dan Tai Cheau Xuen dalam pertarungan tanpa senjata manakala satu lagi pingat menerusi acara pertarungan dengan senjata daripada pasangan Ng Say Yoke dan Yeap Wai Kin.

Jelas sukan dengan pemarkahan subjektif itu sentiasa boleh dipertikaikan dengan Malaysia akan sekali lagi turun ke gelanggang sama, hari ini berdepan pelbagai kemungkinan.

Lee Yang, 25 yang muncul juara dunia pada Kejohanan Dunia, Oktober lalu, berkata dia akan ke gelanggang, hari ini dalam acara gabungan taijiguan-taijijian tetapi menegaskan saingan di temasya Laos begitu berbeza.

“Saya tidak pernah menang emas di Sukan Sea selepas Manila dan Korat, saya masih mencari emas pertama di sini, ia memang pelik kerana saya terlebih dulu mencatat nama di kejohanan dunia,” katanya.

“Emas di sini amat berbeza kerana itu saya akan cuba melakukan yang terbaik dalam saingan esok (hari ini).”


No comments:

Post a Comment