|
|
VIENTIANE, Laos - Tan Song Hwa (gambar) kembali menghadirkan keceriaaan buat kem olahraga negara.
Selepas atlet negara gagal meraih sebarang emas pada hari kedua acara olahraga berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional kelmarin, semalam Song Hwa menghadiahkan emas dalam acara baling tukul besi wanita.
Balingan sejauh 56.41 meter yang dilakukan Song Hwa bukan sahaja mengatasi rekod kebangsaan milik- nya sendiri iaitu 55.67m yang dilakukannya pada Terbuka Pahang tahun lalu, malah ia turut memper- baharui rekod Sukan SEA.
Sebelum ini, rekod Sukan SEA dalam acara tersebut dipegang seorang lagi atlet negara, Siti Shahida Abdullah yang melakukan catatan 53.35m pada temasya 2005 di Manila, Filipina.
Song Hwa menganggap ia suatu keja- ya- an berganda baginya kerana selain merangkul pingat emas, dia pulang dengan memperbaharui rekod Sukan SEA dan juga rekod kebangsaan.
"Dalam dua temasya Sukan SEA sebelum ini, saya pulang dengan tangan kosong tetapi hari ini, saya meraih kejayaan berganda.
"Pingat emas dan rekod Sukan SEA serta kebangsaan yang baru saya pecahkan datang sekali gus dan ia cukup mengujakan saya," kata Song Hwa.
Pada Sukan SEA 2005, atlet berusia 23 tahun itu sekadar menduduki tempat keempat manakala pada temasya 2007 di Korat, Thailand, Song Hwa menamatkan saingan di tempat kelima.
Siti Shahida pula terus gah mempertahan- kan pingat emas yang dimenanginya di Manila.
Song Hwa yang juga seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata, dia pada mulanya agak tertekan kerana diletakkan sebagai antara prospek emas buat skuad olahraga negara di Laos.
Jelasnya, disebabkan terlalu gementar, dia hanya melakukan cata- tan sejauh 40.74m pada balingan pertama.
Pingat perak acara tersebut dimenangi atlet Indonesia, Rose Herlinda dengan catatan 54.12m, sementara gangsa milik atlet Thailand, Ruttana Suraprasert.
"Selepas kejayaan hari ini, saya kini mahu memberi tumpuan untuk melayakkan diri pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel.
"Saya percaya kejayaan yang saya capai hari ini mampu menjadi pembakar semangat kepada saya untuk meraih lebih banyak keja- yaan."
Sementara itu, pelari pecut lelaki negara, Mohd. Noor Imran Hadi akan beraksi pada final acara 200m hari ini.
No comments:
Post a Comment