Thursday, June 25, 2009

Amirul tunggu lampu hijau


Amirul Hamizan Ibrahim gigih berlatih demi kesungguhannya untuk mewakili negara ke Sukan SEA Laos, Disember ini. – AFP


KUALA LUMPUR – Amirul Hamizan Ibrahim terus gigih meneruskan latihan sebagai langkah persediaan menghadapi beberapa temasya sukan termasuk Sukan SEA Laos, Disember ini sekalipun penyertaannya belum lagi dimuktamadkan.

Bekas juara Sukan Komanwel Manchester 2002 berkata, harapan untuk beraksi pada Sukan SEA Laos masih membara walaupun statusnya untuk kelayakan ke temasya itu hujung tahun ini belum diumumkan.

“Saya menunggu keputusan dari Majlis Sukan Negara (MSN) selepas Mini Olimpik dan bersedia dengan sebarang keputusan yang bakal diterima.

“Walaupun saya sudah lama direhatkan daripada sebarang kejohanan selepas penampilan pertama pada Sukan Olimpik Beijing tahun lalu, latihan tetap diteruskan seperti biasa,’’ katanya.

Amirul Hamizan adalah pemenang tiga pingat emas pada Sukan Komanwel Manchester 2002 melakar sejarah tersendiri apabila berada dalam kelompok lima terbaik setelah berjaya memperbaiki rekod kebangsaan setelah membuat angkatan keseluruhan 265 kilogram di temasya itu.

Sementara itu, rakan sepelatihnya, Naharuddin Mahayuddin yang mengalami kecederaan lutut selepas menyertai Kejohanan Angkat Berat Asia di Kazakhstan, Mei lalu tetap meneruskan sesi latihan di MSN.

“Kecederaan saya tidak berapa serius dan saya sudah memulakan sesi latihan selepas pulang dari Kazakhstan,” katanya ketika ditemui.

UTUSAN

No comments:

Post a Comment