Skuad chinlone lelaki negara sekadar memperoleh gangsa selepas mengatasi tuan rumah, Singapura 208-112 di Dewan Ekspo 1, petang semalam.
Gangsa itu dimenangi menerusi Acara 3 yang menyaksikan saingan antara empat negara membabitkan Kemboja, Laos, Malaysia dan Singapura.
Jurulatih skuad chinlone Mohd Rashidi Nordin berkata anak buahnya berjaya mengekalkan rentak sama seperti dilakukan ketika latihan sekali gus membolehkan mereka mengatasi Singapura.
“Setiap kali sesi latihan, pemain kita biasa dapat mengumpul di bawah 105 mata dan pada set kedua, kita berjaya mencatat 107 mata sekali gus melebihi pencapaian biasa.
“Rentak serta persembahan pemain kita agak baik dan kita sudah menjangka Kemboja dan Laos sukar untuk diatasi dalam acara ini.
“Secara keseluruhan, saya puas hati dengan pencapaian pemain. Bagaimanapun, apa yang mereka lakukan hari ini tidak cukup untuk membolehkan kita memperoleh pingat lebih baik berbanding gangsa,” katanya.
Hari ini, skuad sama akan beraksi dalam Acara 1 dengan anak buah Rashidi akan cuba mengatasi Thailand, Brunei serta Singapura.
Bagi Acara 1 ini, Malaysia mensasarkan tempat di final dengan Thailand menjadi pesaing terkuat.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment