AKSI Peng Kian (kiri) ketika menentang An Thanh.
“Saya hanya salahkan diri sendiri. Bukan salah
sesiapa sebaliknya saya gagal menahan sesuatu yang saya sendiri tidak tahu apa
bendanya.
“Saya rasa, orang yang beraksi di separuh akhir
tadi bukanlah diri saya yang sebenar. Saya tidak tahu apa yang berlaku hingga
membuatkan setiap pergerakan saya seolah-olah kaku,” kata atlet lawan pedang,
Yu Peng Kean.
Peng Kean tewas 4-15 di tangan peserta Vietnam yang
juga pilihan utama acara sabre, Vu Anh Than sekali gus sekadar menyumbang
gangsa untuk kontinjen Malaysia di temasya Sukan SEA Singapura.
Peng Kean yang ditemui selepas perlawanan kecewa
dengan persembahannya dan mengaku apa dipersembahkan itu bukanlah prestasi
sebenarnya.
“Mungkin saya tertekan kerana terlalu mahu menang
dan akhirnya merosakkan persembahan.
“Sebelum temasya ini bermula, saya memang bimbang
dengan kelibat Anh Than dan tidak sangka akan bertemunya di separuh akhir,”
katanya.
Sementara itu, perjuangan dua lagi atlet negara
dalam acara lawan pedang, Joshua Koh I Jie (epee) dan Natasha Ezzra Abu Bakar
(foil) turut berakhir dalam nada kecewa.
Joshua dan Natasha tewas di suku akhir kategori
masing-masing sekali gus gagal menyumbang pingat buat kontinjen negara.
Joshua tewas 11-15 di tangan Panthawit Chamcharern
dari Thailand manakala Natasha kecundang tipis 14-15 kepada atlet tuan rumah
Wang Wen Ying.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment