Berdasarkan persiapan disifatkan jauh lebih baik berbanding temasya sebelum ini, skuad tinju negara yakin setidak-tidaknya satu pingat emas pasti berada dalam genggaman.
Ilmu selama 24 hari yang ditimba di Kazakhstan menjadi pemangkin buat anak buah Mohamad Jani Ismail dan selaku pengurus, beliau percaya tujuh peninju yang dibawa ke Kota Singa kali ini mampu merealisasikan tuntutan Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM).
“Di peringkat persatuan, kami mensasarkan untuk membawa pulang satu emas walaupun Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara mahu kami memenangi tiga pingat tanpa mengira warna.
“Latihan 24 hari di Kazakhstan selain peluang berlatih bersama beberapa juara Olimpik di negara itu perlu digunakan sepenuhnya atlet kita.
“Tambahan pula kami diberitahu Thailand tidak menyertai kategori 49 kilogram sekali gus membuka ruang untuk kita ke final.
“Bagaimanapun, ia bergantung kepada tumpuan peninju pada hari pertandingan nanti,” katanya.
Kali terakhir Malaysia memenangi emas acara tinju ketika temasya itu diadakan di Laos, enam tahun lalu manakala pada edisi sebelum ini di Myanmar, skuad tinju membawa pulang satu perak dan tiga gangsa.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment