Wednesday, June 3, 2015

Insiden ini harus jadikan iktibar: Amri

“Berikan sokongan kepada (Muhammad) Nazmi (Faiz Mansor).”



Itu saranan penyerang senior negara Mohd Amri Yahyah berhubung penggantungan enam perlawanan dihadapi perancang tengah skuad Bawah 23 (B-23) negara itu di Sukan SEA Singapura.


Nazmi, perancang tengah Selangor, dikenakan penggantungan enam perlawanan susulan insiden meludah pemain Timor Leste dalam aksi pembukaan Sabtu lalu.

“Insiden itu pernah berlaku kepada saya. Saya harap kita memberikan sokongan moral kepada dirinya agar dapat meneruskan karier bola sepaknya ke arah yang lebih maju,” kata bekas kapten Selangor itu.

Amri, 33, pernah didenda RM48,000 susulan insiden meludah pemain Kuwait pada 2004 ketika kelayakan Piala Dunia.

Insiden itu menyebabkan Amri tidak lagi dipanggil menyarung jersi negara sehingga 2009.

“Mungkin dalam situasi itu, hanya dia seorang yang tahu. Kita sebagai pihak yang melihat tidak boleh menghukum kerana tidak ketahui apa sebenarnya berlaku antara dirinya dengan pemain berkenaan.

“Saya harap Nazmi tidak putus asa dengan apa yang berlaku kerana ini lumrah pemain bola sepak.

“Ini salah satu iktibar kepada dia. Jangan ulangi kesilapan pada masa depan dan saya berharap ia tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Sementara itu Safee Sali berkata, penggantungan enam perlawanan memberikan impak yang cukup besar kepada karier pemain tengah itu.


Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment