NORZA
(tengah) pada sidang media
Ketua kontinjen negara (CDM) Datuk Seri Mohamad
Norza Zakaria menganggap kekalahan besar 1-5 skuad Bawah 23 (B-23) negara
kepada Vietnam kelmarin memperlihatkan mereka tidak serius dalam memburu pingat
emas Sukan SEA Singapura.
“Saya rasa dari mula lagi selepas perlawanan dengan
Timor Leste saya cakap kepada Kim Swee yang permainan ditunjukkan tidak seperti
kita nak pingat emas, sama seperti semalam (kelmarin) ketika menentang Vietnam.
“Sekiranya serius, mereka perlu tunjuk prestasi
baik kerana harapan Malaysia cukup tinggi. Kalau kita lihat 70 peratus laporan
media di Malaysia bagi Sukan SEA adalah bola sepak, jadi rakyat Malaysia berhak
mendapat keputusan lebih baik.
“Kita kena lihat semula kelemahan dan ambil
iktibar, tak boleh hanya mengharapkan tuah dan doa saja,” katanya ketika
ditemui pada sesi santai bersama media semalam.
Dalam pada itu Norza menghamburkan pujian kepada
beregu pingpong wanita negara Ho Ying/Lee Rou You yang menyumbang pingat
gangsa, pingat pertama negara serta kesungguhan pasukan bola jaring ketika
berdepan Singapura kelmarin.
“Saya gembira dengan pencapaian pingat gangsa dalam
acara pingpong kerana diraih pemain muda. Mereka hanya tewas kepada pemain
ranking dunia. Saya percaya lebih banyak kejutan bakal dicipta pemain muda
selepas ini.
“Pasukan bola jaring juga memberikan aksi terbaik
biarpun berdepan tekanan ribuan penyokong tuan rumah,” katanya.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment