NAAM bentuk skuad terbaik http://t.co/Xwvlcbppi3 #Archery #Memanah #Podium #Rio2016 pic.twitter.com/at3hIENXTu
— Man Olimpik (@ManOlimpik) May 7, 2015
PERSATUAN
Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) bertekad menyediakan skuad terbaik bagi
menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2016 Rio de Janeiro, Brazil di
Denmark pada Ogos depan.
Namun,
bagi melakukan persediaan menghadapi pusingan kelayakan tersebut, skuad memanah
negara akan beraksi pada Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun depan bagi menguji
prestasi mereka sebelum berangkat ke Denmark nanti.
Setiausaha
NAAM, Mohd. Yazid Yahya berkata, misi utama yang perlu diberi fokus pada tahun
ini adalah pusingan kelayakan Olimpik Rio yang akan berlangsung di Denmark.
Katanya,
Sukan SEA di Singapura merupakan salah satu medan pemanas badan buat pemanah
negara dan dari situ pihak NAAM akan menilai segala kelemahan yang ada.
“Buat
masa ini, prestasi atlet negara agak ketinggalan jauh berbanding negara lain
dan sebab itu kita perlu memberi lebih banyak pendedahan kepada mereka sebelum
memulakan kempen kelayakan Sukan Olimpik nanti.
“Persatuan
telah merangka beberapa strategi yang perlu dicapai, terutamanya dalam misi
memburu tiket ke Sukan Olimpik. Namun, kita juga tidak melepaskan peluang
beraksi pada Sukan SEA yang akan berlangsung Jun nanti.
“Kita
tidak meletakkan sasaran pingat pada Sukan SEA, namun perkara yang paling
penting ketika bertandang di Singapura itu nanti adalah untuk menimba
pengalaman.
“Apa yang
saya mahukan, pengalaman dari segi fizikal mahupun mental yang diperoleh di
Singapura nanti harus dijadikan bekalan untuk kejohanan kelayakan Sukan Olimpik
2016 di Denmark nanti.
Katanya,
pihaknya telah membuat persediaan awal bagi menghadapi Sukan SEA dan Olimpik
dengan menghantar skuad memanah kategori recurve ke Korea Selatan bagi
menjalani latihan.
“Kami
belajar daripada kesilapan lalu yang mana latihan pusat dijalankan agak lewat
dan mendapati pasukan gagal bersedia dengan sebaiknya. Jadi, kami berharap
latihan seawal bulan Februari sehinggalah menjelang Sukan SEA akan lebih
membuatkan mereka lebih bersedia.
“Saya
yakin dengan kemampuan pemanah lelaki negara terutama bagi acara compound,
mereka mampu memberikan pingat dalam acara berpasukan,” jelasnya.
Tambahnya,
pada aksi kelayakan Olimpik di Denmark nanti, pihaknya mengharapkan para
pemanah negara mampu melangkah ke peringkat suku akhir.
“Jika
kita melepasi peringkat suku akhir, ia sudah memadai buat pasukan kerana lapan
negara yang berjaya mara ke peringkat tersebut secara automatiknya sudah layak
untuk bertarung di Rio tahun depan,” katanya.
KOSMO
No comments:
Post a Comment