KUALA
LUMPUR - Skuad
ekuestrian negara menerima tamparan hebat menjelang Sukan SEA Singapura bulan
depan selepas pemenang pingat emas temasya 2013, Praveen Nair terpaksa menarik
diri gara-gara kecederaan yang menimpa kudanya.
Praveen
yang merupakan penyandang juara acara dressage individu hanya menyedari kudanya
itu mengalami kecederaan setelah melihat ia berjalan tempang ketika menjalani
latihan rutin.
Bagaimanapun
skuad ekuestrian negara tetap memasang misi untuk memburu sekurang-kurangnya
sebutir emas menerusi acara show jumping.
“Saya
tidak tahu macam mana kuda saya boleh jadi begitu. Selepas melakukan
pemeriksaan, saya didapati ia mengalami kecederaan ringan pada kaki kanannya
di bahagian depan.
“Disebabkan
itu saya terpaksa merehatkannya supaya kecederaannya tidak menjadi lebih
serius.
“Malangnya
pada waktu tersebut pusingan kelayakan untuk mewakili negara dalam Sukan SEA
sedang berlangsung maka saya tidak dapat mengambil bahagian. Keadaan itu
membuatkan saya berasa kecewa dan sedih,” kata Parveen.
Parveen,
18, ditemui pemberita selepas muncul juara Piala Cabaran Tan Sri Dr. Jamaludin
Jarjis bagi kategori show jumping anjuran Celcom Solutions (CSI 1) dekat Bukit
Kiara di sini semalam.
Naib
juara dimenangi Shoorendran Nageswaran, manakala tempat ketiga diungguli ekuin
Sukan SEA Singapura, Ahmad Imtaz Amir Hamzah.
Sementara
itu, jurulatih ekuestrian negara, (show jumping), Syed Omar Syed Abu Bakar Al
Mohdzar berkata, dia yakin dengan pasukan yang dimiliki, malah tekad untuk
meraih emas dalam acara show jumping selepas kali terakhir memenanginya pada
Sukan SEA 2007 di Thailand.
“Selepas
melakukan latihan pusat dua kali dengan kehadiran semua atlet, saya melihat
semuanya berada dalam keadaan konsisten .
“Malah,
kami juga ada menukar sistem menunggang kerana sebelum ini penunggang berlatih
dengan jurulatih berbeza.
“Berdasarkan
pertandingan ini (CSI 1) saya mendapati prestasi atlet mampu menghasilkan
kilauan pingat pada Sukan SEA.
“Saya
mensasarkan untuk membawa pulang satu pingat emas bagi kategori berpasukan dan
satu pingat untuk kategori individu (tanpa mengira warna).
“Kami
bakal menerima tentangan sengit, terutama daripada Indonesia, Thailand,
Filipina dan pasukan tuan rumah kerana mereka berpangkalan di Eropah,” katanya.
Tambah
Omar, skuad ekuestrian negara akan berlepas ke Singapura dengan membawa empat
ekor kuda bagi acara show jumping dan tiga ekor bagi kategori dressage.
Kesemua
kuda tersebut akan dikuarantin selama dua minggu di sebuah universiti swasta
tempatan.
Kali
terakhir Malaysia meraih pingat emas bagi acara show jumping adalah menerusi
kategori individu yang dimenangi oleh Qabil Ambak, manakala kategori berpasukan
diperoleh gandingan Qabil bersama adiknya, Quzier, Omar serta Syazna Leena
Zulhasnan.
Acara
dipertandingkan
•
Dressage
(individu dan berpasukan)
• Show
Jumping (individu dan
berpasukan)
Venue
•
Singapore Turf Club
Riding
Centre
Tarikh
pertandingan
• 6-10
Jun
Pencapaian
2013
• Tiga
emas
atlet
lelaki
• Show
Jumping: Mohammad Nabil Fikri Ismail, Ahmad Imtaz Amir Hamzah
•
Dressage: Muhammad Shaiful Azwan Mohamad Din, Mohd. Izry Razali
atlet
wanita
• Show
Jumping: Sharmini Christina Ratnasingham, Natasha Ines Wah Idris
•
Dressage: Natalya Aira Wah Idris
- UTUSAN
No comments:
Post a Comment