Friday, December 4, 2009

Vietnam harus lebih resah: Raja



ANAK didik Rajagobal, Safiq Rahim (kanan) dan Zaquan Adha ketika sesi latihan di Padang Pusat Bank Laos, petang semalam.

'Bukan mudah untuk mereka belasah Timor Leste seperti kita lakukan'

SEBAIK Timor Leste diketepikan, K Rajagobal bingkas bergegas ke tempat duduk penonton buat menyaksikan aksi dua pencabar utama skuad negara - Thailand dan Vietnam - untuk tempat ke separuh akhir daripada Kumpulan A, kali ini.

Lantas, apa analisisnya selepas berpeluang mengintai persembahan lawan?

“Dalam perlawanan sebegitu, sudah tentu ada beberapa aspek yang ditunjukkan lawan mampu membimbangkan kita. Saya lihat Vietnam mempunyai barisan yang berkesungguhan dan ada keberanian. Malah semangat mereka tinggi.

“Saya sendiri tertanya-tanya, apa yang buatkan mereka jadi begitu? Mungkin ada sesuatu yang dijanjikan pengurusan untuk membakar semangat pemain-pemain,” akuinya mengulas lawan bakal ditentang di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos, Ahad ini.

Tapi, jika ada sebab untuk Malaysia berasa bimbang, Rajagobal juga percaya situasi sama pasti membelenggu Vietnam.

K Rajagobal

“Mereka juga pasti bimbang dengan kita. Lihat situasinya ketika ini. Kami masih ada ruang bernafas jika sesuatu yang tidak baik berlaku ketika menentang Vietnam. Tetapi buat mereka, selepas seri dengan Thailand, mereka terpaksa menang dengan kita atau tersingkir.

“Tapi jika kami mahu laksanakan tugas dengan lebih awal, untuk dapatkan laluan lebih mudah, kami perlu capai keputusan baik ketika menentang mereka. Cuma, walau daripada mana sudut sekalipun dilihat, pertemuan itu nanti pasti sengit dan sukar,” katanya.

Malah, satu lagi kelebihan yang mampu dianggap milik Malaysia ialah hakikat betapa skuad negara punya bekal 11 jaringan, andainya kutipan mata tiga pesaing utama itu berakhir dengan jumlah sama.

“Bukan mudah dapatkan jaringan sebanyak itu. Malah selepas kalah kepada kita, saya tidak fikir Timor Leste mahu membenarkan ia berulang. Mereka juga pasti ada matlamat menjaga maruah dan reputasi pasukan,” kata Rajagobal.

Dalam dua aksi Kumpulan A hari ini, Thailand akan menentang Kemboja manakala Vietnam turun menentang Timor Leste. BHARIAN

No comments:

Post a Comment