Friday, December 4, 2009

Terjun mahu 'sapu bersih'


MUN YEE (kiri) mampu meraih pingat emas dalam acara terjun.


SEKALI peluang sudah terhidang di depan mata, skuad terjun negara mahu membolot kesemua pingat emas yang ditawarkan pada Sukan SEA di Laos.

"Walaupun kami berhasrat untuk 'sapu bersih' pingat emas pada Sukan SEA di Laos nanti tetapi kami tidak boleh terlalu yakin.

"Ini kerana penerjun dari negara lain turut memiliki potensi yang sama.

"Selain Singapura, penerjun dari Vietnam dan Indo- nesia juga sudah menunjukkan peningkatan sejak mereka menjalani latihan di China," kata Naib Presiden Persa- tuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Zainal Othman kepada Kosmo! semalam.

Zainal berkata, ASUM meletakkan sandaran kepada penerjun berpengala- man seperti Yeoh Ken Nee, Bryan Nickson, Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong untuk membawa pulang pingat emas dari Laos.

"Kami juga yakin penerjun yang lain juga mempunyai peluang cerah untuk meraih pingat emas," katanya.

Selain Ken Nee, Bryan, Mun Yee dan Pandelela, turut beraksi di Laos ialah Md. Zain Muhammad Fakhrul, Rossharisham Roslan, Cheong Jun Hoong, Ng Yan Yee dan Traisy Vivien.

Acara terjun dianggap 'lubuk emas' buat kontinjen Malaysia setiap kali temasya Sukan SEA berlangsung.

Di Korat, Thailand dua tahun lalu, skuad terjun negara berjaya menghadiahkan tujuh pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Pada temasya Sukan SEA 2005 di Manila, penerjun negara meraih lima pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa. KOSMO

No comments:

Post a Comment