Thursday, December 3, 2009

Kuakan di lubuk emas


DANIEL Bego sandaran skuad renang di Laos.

Secara tradisi renang tidak pernah hampakan kontinjen negara

TIDAK dinafikan acara akuatik sentiasa memberi sumbangan pingat emas besar terutama menerusi acara renang, menjadikan Malaysia antara negara paling menyerlah dari acara itu di peringkat serantau.

Jumlah tujuh emas dimenangi pada saingan di Korat dua tahun lalu, menceritakan betapa perenang negara sentiasa berada pada tahap terbaik untuk memungut emas apa lagi usia mereka yang masih muda.

Cuma kali ini, gabungan muka lama dan baru akan berpadu tenaga dalam temasya disifatkan sebagai medan mengetengahkan perenang baru menggantikan skuad senior negara tidak lama lagi.

Begitupun kelibat Daniel Bego dalam acara lelaki, Siow Yi Ting dan Khoo Chai Lin masih berbisa dan di bahu mereka terletak harapan untuk memungut sekurang-kurangnya empat emas pada temasya kali ini.

Perenang muda pula, beberapa orang daripadanya hanya berusia 14 tahun pula tidak diletakkan bebanan tinggi untuk mencipta emas, sebaliknya mereka diharapkan mampu mempamer aksi terbaik dengan bonus jika berjaya meraih pingat.

Cabaran utama ialah dari perenang Singapura yang akan menurunkan skuad terkuat dalam semua acara yang tampak kali ini tidak memihak kepada perenang elit berikutan jadual yang terlalu padat antara satu acara dengan acara yang lain. BHARIAN

No comments:

Post a Comment