Tuesday, December 1, 2009

Cabaran awal skuad Rajagobal




BELUM berjuang tetapi skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara sudah menempuhi cabaran.

Mereka sepatutnya sudah boleh turun menjalani latihan di Vientiane, Laos petang semalam menjelang perlawanan sulung Sukan SEA 2009 menentang Timor Leste esok.

Namun, sebaliknya berlaku apabila barisan 20 pemain negara itu tetap menjalani latihan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam setelah penerbangan mereka ke Laos terpaksa ditangguhkan.

Skuad negara sudah berkumpul di Pangka- lan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang untuk berlepas pada pukul 10 pagi semalam tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian kerana penerbangan menaiki pesa- wat TUDM itu gagal menerima kebenaran dip- lomatik untuk mendarat di Laos.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kelulusan tersebut hanya diperoleh petang semalam dan memaksa mereka memilih untuk berlepas pada hari ini.

"Pihak Laos hanya memberi kelulusan itu pada pukul 4.30 petang tadi (semalam) dan kita tidak dapat berlepas pada waktu itu kerana lapangan terbang di sana tidak membenarkan pendaratan pada waktu malam.

"Jadi skuad negara hanya akan berlepas pada pukul 8 pagi esok (hari ini)," kata Azzuddin ketika dihubungi Kosmo! petang semalam.


SKUAD bola sepak bawah 23 negara hampa setelah penerbangan ke Laos ditunda ke pagi ini.


Terdahulu ketika sesi taklimat di balai berlepas pagi semalam, Azzuddin menyampaikan titah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang mahu pemain negara memberi tumpuan lebih seratus peratus bagi membawa pulang pingat emas daripada Sukan SEA 2009 Laos.

"Baginda telah menghubungi saya semalam (kelmarin) dan meminta pemain beraksi bermati-matian kerana baginda sendiri dan selu- ruh rakyat Malaysia sudah 20 tahun kempu- nan pingat emas.

"Titah baginda lagi, berilah fokus dan tumpuan pada setiap perlawanan kerana anda semua ini adalah harapan baginda, peminat dan juga negara," kata Azzuddin.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal berkata, beliau tetap mahukan tiga mata pada perlawanan pembukaan dengan Timor Leste petang esok.

"Kita hormati Timor Leste tetapi kita tak boleh beri alasan. Apa pun, kita kena kutip tiga mata penuh. Semua pemain kena serius, jangan anggap sesatu perlawanan itu mudah," kata Rajagobal.

Penjaga gol negara, Sharbinee Allawee Ramli pula ketika ditemui semalam turut tidak menjangkakan dia akan terpilih mengisi dua slot penjaga gol bersama Farizal Marlias, sekali gus menyaksikan penjaga gol Sukan SEA 2007 Korat, Syed Adney Syed Hussein digugurkan.

"Memang tak jangka kerana saingan antara kami bertiga cukup kuat. Saya akan beri se- penuh tumpuan dan sentiasa bersedia untuk diturunkan jika apa-apa terjadi kepada Fari- zal," ujar Sharbinee yang beraksi cemerlang bersama Terengganu musim ini. KOSMO

No comments:

Post a Comment