ATLIT taekwondo diharap dapat meneruskan latihan persediaan ke Sukan Sea kerana belum ada sebarang keputusan rasmi yang menafikan pemergian mereka ke temasya dwitahunan itu, kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi.
"Semua persediaan untuk atlit sudah dibuat termasuk pendaftaran nama mereka untuk ke kejohanan itu dan kami tidak menerima sebarang keputusan rasmi yang menidakkan pemergian mereka," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong turut menegaskan, andai taekwondo digugurkan, sudah pasti negara kehilangan dua pingat emas lagi selepas Laos menggugurkan banyak acara yang menjadi lubuk emas negara.
Sabtu lalu, Tunku Imran, dipetik sebagai berkata, atlit taekwondo mungkin tidak dibenarkan ke Laos kerana persatuan gagal menyelesaikan kemelut dalaman mereka berkaitan.
No comments:
Post a Comment