Friday, September 4, 2009

LTAM mahu tukar kilauan pingat


JAWARIAH antara tunjang utama skuad tenis negara pada Sukan SEA di Laos.


PERSATUAN Tenis Malaysia (LT- AM) menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya satu pingat perak pada Sukan SEA di Laos, Disember depan.

Menurut jurulatih negara, Jaffar Abu, berdasarkan prestasi semasa pemain negara, anak-anak buahnya berpeluang untuk memperbaiki catatan satu pingat gangsa yang diperoleh pada temasya di Korat dua tahun lepas.

"Pada temasya di Korat, Malaysia membawa pulang satu pingat gangsa dan kali ini, kami menyasarkan untuk memperbaiki catatan itu dengan meraih pingat perak.

"Kami tidak ingin meletakkan sasaran pingat emas kerana sedar, terdapat beberapa buah negara yang mempunyai pemain handalan terutama Thailand, Indonesia dan Filipina.

"Namun, saya yakin kita mampu meraih perak melalui acara perseora- ngan.

"Pemain lelaki No. 1 negara, Si Yew Meng sudah menunjukkan peningka- tan yang ketara selepas menyertai beberapa kejohanan di dalam dan luar negara.

"Saya percaya, dia mampu membuat kejutan di Korat nanti," kata Jaffar semalam.

Selain Yew Meng, turut menyahut cabaran di Laos nanti termasuklah Adam Jaya, Razlan Rawi dan Moham- mad Ashaari Zainal manakala pemain wanita terdiri daripada Jawariah Nordin, T. Neesha, Choo Lyn Yee dan Theiviya Selvarajoo.

Begitupun, hanya Yew Meng, Adam dan Jawariah sahaja yang diletakkan dalam kategori A dan semua perbelanjaan ditanggung oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) manakala baki lima pemain diletakkan dalam kategori B.

Sementara itu, Pengarah Kejohanan Terbuka Malaysia, Nick Freyer meletakkan sasaran seramai 25,000 penonton bakal membanjiri Stadium Putra, Bukit Jalil sepanjang kejohanan tersebut yang bermula 26 September ini hingga 4 Oktober depan.

"Saya harapkan seramai 50,000 penonton yang hadir tetapi saya hanya sasarkan sekurang-kurangnya 25,000 penonton," kata Freyer.

Antara pemain yang mengesahkan penyertaan pada Terbuka Malaysia termasuklah bekas pemain No. 1 dunia, Lleyton Hewitt; pemain Rusia, Nicolay Davydenko yang diletakkan sebagai pilihan pertama, Fernando Verdasco (2), Robin Soderling (3) dan Fernando Gonzales (4).

No comments:

Post a Comment