| |
| BIBIANA bakal jadi tumpuan pada Sukan Mini Olimpik hujung bulan ini. |
SUKAN Mini Olimpik akan menjadi pentas utama bagi Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) untuk memilih atlet ke Sukan Perpaduan Islam Kedua di Tehran serta Sukan SEA di Laos, Disember depan.
Setiausaha Eksekutif NSAM, Mejar Jasni Shaari berkata, penilaian secara berterusan melibatkan dua lagi kejohanan tempatan lain akan dilakukan sebelum senarai akhir diumumkan.
"Sebanyak 115 penembak yang terdiri dari- pada skuad elit dan pelapis telah terpilih beraksi di Mini Olimpik.
"Jadi, kami harap mereka dapat menggunakan peluang untuk membuktikan prestasi masing-masing, sekali gus mencari tempat ke kejohanan di Tehran dan Laos selepas ini.
"Dalam masa yang sama, ia juga merupakan medan untuk mencari penembak terbaik memandangkan mereka yang terpilih untuk menyertai Mini Olimpik sudah melalui ujian kelayakan sebelum ini," kata- nya.
Penembak kebangsaan, Bibiana Ng, Nur Masitah Mohd. Badrin dan Joseline Cheah yang baru kembali daripada penggantungan dua tahun oleh Persekutuan Menembak Antarabangsa (ISSF) juga akan beraksi pada Mini Olimpik dalam usaha merebut tempat ke dua kejohanan itu.
Pada Mini Olimpik nanti, acara menembak dijadualkan berlangsung pada 30 Julai hingga 4 Ogos, melibatkan sembilan acara.
No comments:
Post a Comment