dalam meraih pingat emas pada
Sukan SEA di Laos.
PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) dicabar membawa pulang pingat emas pada Sukan SEA di Laos, Disember depan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, skuad elit sepak takraw negara perlu menebus kembali maruah negara yang sudah tercalar itu.
"Mereka perlu buktikan kemampuan dengan memperoleh pingat emas pada Sukan SEA di Laos.
"Sukan ini milik kita dan banyak peruntu- kan telah diberikan untuk program pembangunan," katanya selepas merasmikan Kejo- hanan Sepak Takraw Terbuka Daerah Kemaman (Piala Datuk Seri Amar Diraja) di Kampung Besut semalam.
Pada beberapa kejohanan lalu, skuad negara tewas kepada pasukan yang dulunya dianggap kerdil seperti Korea Selatan dan Indonesia dalam acara beregu pada Kejohanan Piala Raja Thai baru-baru ini.
Ahmad Shabery berkata, kekalahan skuad negara kepada negara yang baru hendak menceburi sukan sepak takraw seperti Korea Selatan dianggap sebagai memalukan.
Beliau menambah, skuad negara perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah itu termasuk memperkenalkan teknik-teknik baru dalam permainan tersebut.
"Pasukan-pasukan lain sudah mencipta perkara-perkara teknikal baru. Jika Malaysia masih mengekalkan kaedah lama dalam permai- nan, kita akan kalah," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, Majlis Sukan Negara (MSN) kini di peringkat akhir menyiapkan laporan berhubung prestasi skuad sepak takraw yang kini membimbangkan.
"Dalam laporan tersebut yang termasuk peruntukan RM5 juta yang pernah diberikan pada 2007, sama ada mencukupi atau sebalik- nya untuk membangunkan sukan sepak takraw," katanya.
No comments:
Post a Comment