Sunday, June 7, 2015

Wusyu raih pingat perak taijiquan

Chan Lu Yi membuat persembahan dalam acara wusyu taijiquan Sukan
Chan Lu Yi membuat persembahan dalam acara wusyu taijiquan Sukan SEA 2015 di Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA – Chan Lu Yi berjaya menghalang tuan rumah daripada menguasai dua tempat teratas acara wajib wusyu taijiquan Sukan SEA 2015 apabila meraih pingat perak semalam.

Jaguh Malaysia itu mengumpul 9.65 mata, kurang empat mata daripada pemenang pingat emas Tan Yan Ning dari Singapura. Kontinjen tuan rumah turut memenangi gangsa menerusi Ho Lin Ying yang mengumpul 9.64 mata.

Walauoun sekadar menang tempat kedua, Lu Yi jelas begitu gembira kerana berjaya memecahkan monopoli Singapura yang mempunyai atlet hebat bertaraf dunia.

Lebih manis ini juga adalah pi­ngat perak Sukan SEA pertama dimenangi atlet berusia 18 tahun itu.

“Saya dapat mengelak daripada melakukan kesilapan dan mempamerkan persembahan terbaik.

“Latihan di China sebelum ke Sukan SEA juga telah menambah keyakinan saya untuk melakukan yang terbaik.

“Kurang penyertaan atlet senior dalam acara ini juga memberikan peluang untuk saya meraih pi­ngat,” katanya selepas tamat saingan tersebut, di sini semalam. 

Sumber:UTUSAN

No comments:

Post a Comment