JAWAIRIAH Nordin hampir terlepas peluang beraksi pada temasya Sukan Sea Indonesia kali ini gara-gara kemelut dalaman Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM).
Namun pemain berusia 21 tahun dari Pulau Pinang itu memastikan tempatnya sekali gus berpeluang memburu pingat pada temasya dwitahunan itu selepas menjuarai pertandingan kelayakan Oktober lalu.
Jawairiah baru saja menamatkan latihan singkat selama tiga minggu di Jakarta, menyesuaikan diri dengan cuaca dan gelanggang pertandingan namun dia belum berpuas hati.
“Kalau nak ikutkan memang saya belum puas hati dengan latihan di sini. Ia tidak mencukupi untuk menghadapi temasya besar seperti Sukan Sea.
“Namun sekurang-kurangnya saya ada persediaan untuk menghadapi lawan. Peluang ini tidak akan saya sia-siakan dan cuba memberikan persembahan terbaik setiap kali turun ke gelanggang.” Peluang dalam acara perseorangan sebenarnya agak tipis buat Jawairiah kerana terpaksa berdepan cabaran pemain Thailand dan tuan rumah Indonesia yang sering menguasai saingan Sukan Sea.
Dia sebenarnya lebih berpeluang meraih sekurang-kurangnya satu pingat gangsa dalam acara berpasukan selepas melakukannya di Korat (2007) dan Vientiane (2009) tetapi sayangnya kemelut LTAM menyaksikan mereka menarik diri daripada acara itu.
HARIAN METRO

No comments:
Post a Comment