ADA beberapa alasan yang memaksa Majlis Sukan Negara (MSN) mensasarkan hanya 40 hingga 45 pingat emas pada temasya Sukan Sea Indonesia yang bermula Jumaat ini.
Apa yang jelas MSN hanya mengambil kira 16 jenis sukan bukannya semua 38 yang disertai kontinjen negara.
Lantas Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples ada jawapannya terhadap permasalahan yang timbul apabila sasaran mereka dilihat paling kecil dan seolah-olah ‘mengambil jalan selamat’.
“Daripada 608 atlet, 320 adalah di luar program MSN dan kebanyakan mereka dalam kategori B. Maknanya kami tidak sasarkan sebarang pingat emas buat mereka.
“Daripada 42 jenis sukan yang dipertandingkan, MSN hanya sasarkan untuk 16 jenis sukan saja. Kami tidak dapat sasarkan pingat dalam sukan seperti kempo, luncur air, paragliding, wall climbing, catur dan mendayung kerana ia tidak berada di bawah program kami, walaupun mereka sasarkan emas.
“Ini menyebabkan persatuan tampil dengan 60 pingat emas secara keseluruhan,” katanya menjawab persoalan kenapa sasaran MSN hanya antara 40 hingga 45 emas., Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 50-55 manakala persatuan 60.
Zolkples berkata sukan-sukan itu tiada rekod, ranking dan pencapaian dan ketika mereka bentangkan pada mesyuarat jawatankuasa pemilihan pertengahan tahun ini, tiada butiran terperinci diberikan kerana tiada pertandingan antarabangsa.
Beliau turut menegaskan beberapa pemenang pingat emas di Vientiane dua tahun lalu seperti R Puvaneswaran (karate), Zafril Zuslaini (olahraga), A Vasantha (karate) dan G Vathana (karate) sudah bersara.
HARIAN METRO

No comments:
Post a Comment