Thursday, November 17, 2011

Lupakan kutukan

JURULATIH Ong Kim Swee mahu pemainnya berjuang berhabis-habisan ketika menentang Indonesia dalam perlawanan bola sepak Kumpulan A Sukan Sea, malam ini bagi menentukan sama ada skuad negara layak ke separuh akhir.

SERIUS...Kim  Swee menarik baju   Izzaq Faris Ramlan ketika sesi latihan, kelmarin.
SERIUS...Kim Swee menarik baju Izzaq Faris Ramlan ketika sesi latihan, kelmarin.
 
Malaysia kini di tangga kedua selepas mengumpul tujuh mata, mengekori pendahulu kumpulan iaitu tuan rumah yang mempunyai kelebihan dua mata. Skuad negara hanya perlu seri dan walaupun sekiranya tewas perlu dengan defisit jaringan yang kecil.

Perlawanan terakhir kumpulan itu akan diadakan pada jam 8 malam (waktu Malaysia) di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan.

Saingan terdekat kepada pasukan negara untuk layak ke separuh akhir adalah Singapura yang masih mempunyai peluang sekiranya menang besar dengan Thailand petang ini. Thailand selaku juara lapan kali tidak lagi mempunyai harapan untuk mara selepas tewas dua kali dan menang sekali sebelum ini.
Pada masa sama, Kim Swee berharap pemainnya mampu menyerap ejekan serta cemuhan penyokong tuan rumah.

Beliau juga tidak mahu pemainnya terlampau ghairah mencari gol kemenangan kerana seri dan memperoleh satu mata sudah memadai.
“Kita tidak diterima dengan cara yang baik oleh penyokong tuan rumah yang sentiasa tidak pernah memihak kepada Malaysia dalam apa acara sekalipun.

“Jika kita mahu mengatasi pasukan tuan rumah dan menjaga maruah daripada tercalar, inilah masanya. Apa yang mustahak saya mahu mereka main ikut kekuatan dan strategi bersama,” katanya kepada wartawan sebelum melakukan latihan terakhir menjelang perlawanan getir itu, semalam.

“Latihan hari ini sekadar memanas badan pemain. Saya tidak mahu masalah lalu berulang dan saya mungkin memperkemaskan lagi barisan pertahanan agar pemain tidak leka dibolosi gol mudah,” katanya.


HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment