Monday, November 14, 2011

Jangan panik - Naim

JAKARTA - Kontinjen Malaysia di Jakarta tidak perlu panik apabila beberapa acara yang disandarkan harapan pingat emas pada hari pertama Sukan SEA XXVI semalam, gagal menepati sasaran.
Ketua Kontinjen Malaysia di Jakarta, Datuk Naim Mohamed (gambar) akur dengan ketiadaan kilauan emas dari Jakarta.

Katanya, dia tidak begitu berasa kecewa apabila harapan tinggi untuk emas pertama daripada Jamalliah Jamaludin dalam karate, tidak kesampaian.

Selain Jamalliah, juara Asia, Leong Tze Wai hanya merangkul gangsa selepas tewas kepada atlet Indonesia, Faizal Zainuddin di separuh akhir kata.

"Kita tidak harus patah semangat untuk terus memburu kejayaan walaupun sasaran emas terlepas dalam acara karate,'' kata Naim.

Tambah Naim, sukan subjektif seperti karate, taekwondo, silat serta wusyu banyak bergantung kepada keputusan pengadil atau juri.

Namun, beliau tidak menyalahkan sesiapa ekoran kegagalan Jamalliah menyumbang pingat emas.
"Dari segi pengadilan, semuanya berjalan lancar, jadi terpulang kepada atlet itu sendiri," katanya lagi. - Utusan

No comments:

Post a Comment