Thursday, November 26, 2009

Dua emas bukan sasaran sukar




SASARAN melihat sekurang kurangnya dua kilauan pingat emas daripada acara badminton Sukan Sea 2009 di Laos, bulan depan bukan sesuatu yang sukar, apa lagi Malaysia memiliki ramai pemain bertaraf dunia yang mampu merealisasikan impian berkenaan.

Malah, Malaysia dilihat berpeluang mengutip lebih daripada sasaran yang telah digariskan sekiranya mereka mampu untuk mengimbangi tekanan ketika beraksi di gelanggang dan tidak menghadapi masalah berhadapan sorakan padu penonton di gelanggang pertarungan nanti.

Bagi Chef de Mission negara, Datuk Dr Ramlan Aziz sudah pasti harapan tinggi diletakkan buat skuad badminton negara yang dilihat antara sukan yang mampu melakukan kejutan apa lagi inilah peluang buat setiap jaguh negara membuktikan kemampuan mereka kepada negara.


“Lakukanlah yang terbaik, dan segalanya akan menjadi lebih mudah sekiranya pemain mampu meredakan tekanan ketika dalam gelanggang.

“Kekuatan pemain yang kita ada tiada yang kurang daripada pasukan lain, cuma yang memberi sedikit kelebihan buat mereka adalah cara mereka mengatasi tekanan sekeliling ketika berlangsungnya perlawanan.’’

Selain daripada itu, Ramlan turut melihat daripada segi positif berkenaan dengan sasaran Indonesia untuk merebut lima pingat emas dalam Sukan Sea kali ini.

“Ia bagus dan satu persaingan yang sihat. Kita tidak perlu gusar dengan sasaran ditetapkan mereka. Jangan harapkan jalan mudah untuk kita meraih kejayaan.

“Dan melalui kesukaran itu setiap kejayaan yang dicapai akan menjadi bertambah manis. Semua pasukan mahukan kemenangan dan begitu juga skuad kebangsaan kita.”BHARIAN

No comments:

Post a Comment