Monday, May 11, 2009

BAM ajak Laos berlatih di Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedia membantu Laos menyediakan pemain berkualiti menjelang temasya Sukan SEA XXV bermula 9-18 Disember ini di Vientiane, Laos.

Pengurus Pentadbiran BAM, Ahmad Idris mengumumkan bahawa BAM sedia melatih pemain negara itu pada bila-bila masa terdekat ini agar peserta negara itu tidak kalah teruk dalam acara itu kelak.

"Saya meminta mereka menghantar pemain ke Kuala Lumpur agar dapat berlatih dengan barisan skuad pembangunan negara kerana prestasi mereka masih di tahap rendah.

"Dari sudut kedudukan antarabangsa, pemain Laos baik lelaki atau wanita ketinggalan jauh dan mereka perlu didedahkan dengan skuad pembangunan negara di Kuala Lumpur," katanya di Vientiane baru-baru ini.

Beliau turut memaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Sukan Antarabangsa Laos, Dr. Soulasith Oupravanh bahawa di samping sokongan kejurulatihan, BAM sedia membantu dari sudut teknikal termasuk melatih pengadil dan penjaga garisan tempatan.

UTUSAN

No comments:

Post a Comment