KUALA LUMPUR 25
Mac – Yangon menyajikan landskap dan warisan bersejarah bandar itu
untuk peringkat keempat Larian Baton Bangkit Bersama 2017 di Myanmar
yang dianjurkan bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN
kesembilan (KL 2017) pada Ogos dan September ini.
Program larian di Myanmar hari ini
menandakan acara julung kali anjuran Sekretariat Jawatankuasa Penganjur
Malaysia (MASOC) KL 2017 itu kini menghampiri separuh perjalanan ke
negara Asia Tenggara.
Selepas tiga peringkat
terdahulu iaitu di Bandar Seri Begawan, Manila dan Vientiane dengan
lebih 20,000 penyertaan, program larian itu kini umpama ‘pertandingan’
dengan kesemua negara terlibat berlumba mempamerkan keunikan
masing-masing.
“Larian Baton Bangkit Bersama telah menjadikan
Malaysia pencetus dalam memperkenalkan idea baharu di rantau Asia
Tenggara. Diharapkan akan diteruskan dan kekal menjadi tradisi Sukan SEA
seterusnya.
“Apa yang saya lihat sejak kita
bermula di Bandar Seri Begawan, seterusnya Manila, diikuti Vientienne
dan kini di Yangon, seperti ada persaingan antara negara-negara ini.
“Ini
merupakan persaingan sihat yang secara tidak langsung menyemarakkan
semangat semua penduduk di rantau Asia Tenggara, dan tidak hanya dirasai
atlet sahaja,” kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, M. Saravanan
dalam kenyataannya di sini hari ini.
Dalam
masa sama, Saravanan turut mengharapkan acara tersebut kekal menjadi
tradisi untuk negara tuan rumah menganjurkannya pada masa akan datang
agar kemeriahannya dirasai semua.
People’s
Park berlatar belakangkan bangunan bersejarah, Pagoda Schwedagon yang
berusia lebih dua ribu tahun, menjadi lokasi permulaan dan tamat bagi
larian baton peringkat keempat.
Acara bermula dengan penyerahan baton larian oleh Saravanan kepada Menteri Kesihatan dan Sukan Myanmar, Dr. Myint Htwe Enam.
Atlet
Olimpik Myanmar bagi acara jarak jauh lelaki, Sann Naing yang beraksi
dalam saingan 5000 meter di Sukan Olimpik 2016 Rio diberi peranan untuk
menggalas tugas selaku pelari pertama larian sejauh 11 kilometer itu.
judi sabung ayam
ReplyDeleteYangon menyajikan landskap dan warisan bersejarah bandar itu untuk peringkat keempat Larian Baton Bangkit Bersama 2017 di Myanmar
Bonus 8 kali win dan dapatkan bonusnya hanya disini BONUS WIN 8 KALI BERUNTUNi
ReplyDelete