KHAIRIL dibatalkan penyertaan pada edisi di Myanmar.
Tragedi di Myanmar dua tahun lalu mahu dibuang jauh atlet jalan kaki 20 kilometer negara, Muhammad Khairil Harith Harun (gambar) apabila bertekad mahu mencatat keputusan cemerlang kali ini.
Menurutnya, edisi kali ini dia sudah bertekad cuba mendapatkan pingat emas walaupun bakal berdepan laluan sukar terutama dari Indonesia.
Atlet kelahiran Pasir Mas itu dibatalkan penyertaannya dua tahun lalu kerana melanggar peraturan pertandingan ketika tinggal 200 meter menuju garisan penamat.
“Kali ini saya sudah berazam untuk cuba mendapatkan pingat emas bagi menebus kekecewaan dua tahun lalu itu,” katanya.
Olahraga akan bermula esok dengan jalan kaki di East Coast Park menjadi acara pertama yang menawarkan pingat.
“Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk emas pertama olahraga itu,” katanya.
Mengulas mengenai saingan dan tahap prestasinya kali ini, atlet berusia 23 tahun itu berkata, dia sudah menjalani latihan sejak sebulan lalu.
“Saya sudah bersedia 100 peratus sebelum tiba di sini. Bagi, saya semua negara mempunyai kekuatan sama dan saya jangkakan saingan sengit daripada atlet Indonesia,” katanya.
Untuk rekod temasya bagi disiplin ini masih dipegang atlet negara, Harbans Singh yang mencatat 1 jam 29 minit 13 saat di Jakarta pada 1997.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment