SINGAPURA, 4 Jun (Bernama) -- Atlet Malaysia di temasya Sukan SEA ke-28 wajar menjadikan kejayaan gandingan Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee sebagai pemangkin meraih pingat, kata Ketua Kontinjen Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
"Saya merasa terharu dan gembira sangat dengan kejayaan meraih pingat emas pertama negara hari ini. Saya harap kejayaan itu akan mencetuskan semangat untuk kontinjen kita memulakan buruan pingat emas.
Saya juga berharap kemenangan pingat emas hari ini akan mencetuskan kebangkitan luar biasa (kontinjen negara)," katanya kepada pemberita di Pusat Akuatik OCBC, Hab Sukan Singapura, di sini hari ini.
Menurut beliau, atlet-atlet Malaysia yang bersaing pada Sukan SEA kali ini perlu bijak menangani tekanan khususnya daripada penyokong-penyokong tuan rumah.
"Saya sentiasa ingatkan kepada mereka (atlet) supaya jangan membiarkan situasi mengawal kita sebaliknya kita yang mengawal situasi," katanya.
Setakat ini kontinjen negara telah mengumpul satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa.
Temasya Sukan SEA ke-28 akan dibuka secara rasmi esok.
Sumber:BERNAMA
No comments:
Post a Comment